VIP GROUP

Monday, 9 June 2014

Memilih untuk masa hadapan~

Yea.!
Memang aku jenis yang memilih.
Tp setiap yang dipilih mesti bersebab.
Maafkan aku sahabat.
Bukan kemewahan yang aku kejar dan bukan rupa yang jadi ukuran.
Tapi yang terbaik untuk masa depan aku dan anak-anak aku kelak.
Mengertilah wahai sahabat.
Tidak terlintas pun di hati ini untuk mempermainkan diri mu.
Aku faham dan aku megerti apa yang kau rasa. Semua orang inginkan hidup bahagia.
Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang akan tentukan perjalanan hidup kita.
Belajar dari kesilapan, bangkit dari kegagalan.
Jangan terus tersungkur dan berdiam diri disebalik permasalahan yang ada.
Teruskan melangkah dan pastikan setiap langkah disusun atur dengan betul supaya tidak tersungkur lagi.

"Masa hadapan telah dibeli oleh masa sekarang."

Sunday, 8 June 2014

Mungkin Bukan Engkau~

Berfikir terlalu jauh.!
Demmm.!
Salah ke..??
Untuk masa depan aku jugak. 
Malu..??
Yess.!
Memang aku rasa malu yg teramat sangat. Sape yang tak rasa malu nampak sangat aku nie yang tersorong-sorong. Tapi aku kena faham yang kau pun berhak menentukan siapa pilihan kau.
Harapan semakin jauh menghilang.
Keyakinan semakin pudar.
Hadoiii~
Mungkin kau masih belum puas enjoy.
Mungkin kau masih belum bersedia.
Mungkin jugak aku nie kurang kacak untuk kau.
Woit..!!!
Aku nie dah penat bersangka baik dengan kau.
Sangkaan baik aku pun semakin memburuk.
Kalau tak nak...
Kalau tak setuju...
Bagi tahu.!!
Ak dah tak ade masa nak ikot permainan kau.
Tolong jangan bagi harapan palsu.
Hati ini cuba untuk terima kenyataan yang kita bukan ditakdirkan untuk bersama.
Selamat tinggal angan-angan.


Monday, 5 May 2014

Kehilangan tanpa kerelaan~

15 Mac 2013 ayahnda tercinta telah kembali ke Ramahtullah~
Seorang insan yang selama ini banyak mengajar erti sebuah kehidupan dan tidak pernah jemu memimpin sebuah keluarga kini pergi meninggalkan ku buat selamanya.
Walaupun abah yang dulunya seorang yang panas baran, seorang yang tegas namun ak tetap hormatnya sebagai seorang ayah~
Kalau nak dikenang kembali banyak kenangan bersama arwah yang tidak dapat ak lupakan.. 
Hampir 5 tahun abah menderita penyakit buah pingang. Ibu terus bersabar melayan kerenah suaminya. 
Dulu kalau di rumah selalu kedengaran lenteran dari mulut abah. Pekara ini sudah menjadi pekara biasa bagi keluarga ku. Semua takut dengan abah.
Abah garang..!!! Tp ak tahu mungkin cara abah mendidik anak-anak nya lain dari orang lain.
Setiap kali dapat panggilan dari Ibu, Hati ak menjadi berdebar-debar risau akan sesuatu yang berlaku pada ayahku.  
Suasana pagi 15 mac 2013. Hari yang sama Ayahnda tercinta
menghembuskan nafas terakhir.
Kerisauan aku mula terjawab,  pada pagi jumaat 15 mac 2013 suasana laut pada waktu itu begitu tenang. Pemandangan matahari mula memancar naik sungguh cantik. Aku terus mengeluarkan telefon dan mengambil gambar. Suasana sebegini jarang dapat aku lihat. Kenangan pemandangan seperti ini bole membuatkan kita sedar betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa. 
Rutin pelayaran seperti biasa.
Ak mengambil alih tugas sebagai bot man iaitu pembantu kepada jurumudi bot. Telefon tidak aku bawak bersama bimbang takut terjatuh dalam laut. 
Ketika itu kapal terlibat dgn OP DAULAT, dan bersauh di perairan Sandakan untuk tujuan pembaikan. 
Pada jam 1030H bot  yg dalam perjalanan untu menghantar anggota yg berkelepasan. Dipanggil balik ke kapal dgn segera.
Fikiran ak masa itu hanya terbayang kapal aku di serang oleh penganas SULU.  Mata aku terus memandang kapal, Pemerhatian ku dari jauh menunjukan kapal masih dalam keadaan aman dan terkawal.
Apabila bot suda merapat di kapal ak di sambut oleh pegawai yg bertugas dan terus mengarahkan aku ke kamar Pegawai Memerintah (co)
Sepanjang perjalanan ke kamar pegawai memerintah hati aku terus berbisik "ape pulak salah aku kali nie"
Apabila tiba di depan kamar pegawai memerintah terus ak ketuk pintu dan memberi salam~.
Aku melihat kelibat pegawai laksana di penjuru sofa. Ak dijemput duduk oleh CO.
CO terus menanyakan soalan pada aku.
"Hafiz.. Minggu lepas kamu ade balik kg kan.?" 
Bibir ini terus menjawab "Yea Tuan sy ade balik."
Tiba2 soalan kedua dari CO membuatkan ak terbayang sesuatu yg buruk sudah berlaku.
"Masa kamu di kampung ayah kamu macam mana..?"
Seluruh badan aku bergetar menjawab soalan yg ditanyakan. 
"ermm sebelum sy balik ke sabah sy ade hantar ayah sy ke hospital dan die kena tahan wad disana."
CO terus menceritakan pekara yg sebenar kepada aku.
"Hafiz ayah kamu sudah meninggal dunia pagi tadi. Bersabar banyak2."
Masa itu badan aku jadi kaku.
Nafasku terhenti seketika. Ya Allah~
Sungguh besar ujian yg telah Engkau berikan.
Aku dihantar ke Lapangan terbang Sandakan. Ak terhutang budi kepada pegawai operasi yg banyak membantu aku ketika itu.
Apabila tiba di KLIA. ak terpaksa membeli tiket ke P.Pinang.
Sungguh mengecewakan.. Flight ke P.Pinang ditunda masa pada jam 1830H.
Panggilan demi panggilan masuk ke telefon.
Sedih apabila diberi tahu ayah aku akan dikebumikan pada jam 1800H.
Ak terpaksa akur dgn semua itu.
Sebak dihati hanya aku sahaja yg tahu. Apabila tidak dapat menatap wajah abah buat kali terakhir.


Our dad, hero, leader & friend.! We miss you abah.! Praying for you always. #Al-Fatihah #15Mac


Monday, 18 February 2013

Seharian di Tawau Sabah~

Pada 15 februari 2013 ak tiba di Bandar Tawau...
Ak sampai pom sebab kapal ade operasi khas.
Kita orang kat sini tak lama cuma untuk ulang bekal jea..
Kapal tiba di jeti sabah port tawau lebih kurang jam 10am.
dan keluar pada keesokan hari...
Semuanya berjalan lancar..
Sabah Port Tawau
Cuma ade satu eksident yang terjadi.
Kemalangan tersepit jari tangan di pintu kapal..
Bunyi macam benda kecik jea..
Tapi realitinya sungguh menakutkan..
Jari tangan salah seorang crew kapal
retak akibat kemalangan tu..
Eeee ngeri kot..
Ok stop..!!!!
Lupakan kisah pintu dan jari tu~
nie kisah ak jejak kaki kat bandar Tawau..
Jam 1130am crew KM Banggi berkelepasan..
Weeeeee.. Datang tempat org kot sape tak seronok.
Tapi ak dengan budak kapal yang laen dah sepakat nak keluar pukul 2pm sebab hari tu hari jumaat.. Hehehe..
Bukan tak nak sembahyang jumaat, tp pakaian tak mengizinkan kita orang berjemaah kat masjid.
Dari kul 2pm sampai hampir maghrib kita org pusing bandar tawau..
Dapat jugak laa ak cari hadiah kawin kakak ak.
Penat nak mampos..!!!
Tapi ok laa walaupun bandar Tawau tidak sebesar bandar Kota Kinabalu, kemudahan dekat sini semuanya cukup.
Sumandak sumandak pom comey-comey..
Hehehe
Lepas maghrib kita orang keluar lagi..
Konon nyer nak makan-makan tepi pantai laa..
Tapi hampeh~
Mula-mula melangkah lagi dah salah jalan..
Mak aiii... nak tecabut rasanyer kaki nie..
Semua nie salah Shahidan Konon nyer naluri die betol laa tapi hampeh..
Kita orang terpaksa patah balik..
Ak rasa ade dekat 15 kilogram tenaga dibazirkan begitu sahaja gara-gara naluri Shahidan yang tak boleh diguna pakai.. Puuiiii~
Perjalanan di teruskan jugak bak kata orang sekarang alang-alang penat biar sampai berpeluh.
Akhirnya sampai jugak kat destinasi yang dituju..
Sungguh mengecewakan sebab tempat tu tak sama dengan ape yang ak bayangkan.
Den torkono..!!!!
Bila nak difikirkan balik dengan kepenatan berjalan kaki kita orang..
Memey menyesal rasanya..
Tapi tak pe.. Bak kata orang sabah "Dilayan bha kalau kau" hehehe..
Mungkin banyak lagi tempat menarik di Tawau yang belom ak jelajah.
Maklum laa satu hari jea kot..
Mana sempat nak kenal semua tempat..
Salam perkenalan buat Tawau~

Friday, 25 January 2013

Kentut Mencerminkan Perwatakan Seseorang~

Yang kentut sebenarnya budak sebelah kiri sbb die over sgt hehe

ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.
ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.
ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.
ORANG MISTERIOUS
Dilarang Teran Kentut dikuatiri taik akan turut terkeluar
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.
ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.
ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.
ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.
ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".
ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.
Busuk nyer~
ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.
ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.
ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".
ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.
ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah...
ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi...


Sunday, 13 January 2013

Cemburu tidak bertempat~

Memang benar cemburu itu adalah salah satu resepi dalam percintaan.
Tetapi jangan laa terlalu cemburu.. Pasangan anda akan merasa rimas jika ape yang dicemburukan itu tidak masuk akal..
Tidak dinafikan ade pepatah mengatakan cemburu itu tanda sayang..
i love u mak~
Tapi bila dah terlalu cemburu.. yang disayang pun boleh melanyang...
Belajar dan fahami pasangan anda.
Mungkin pasangan anda mudah mesra dgn seseorang..
Mungkin cara pergaulan pasangan anda tidak seperti pergaulan anda dan rakan anda..




Tidak rugi kalau kita bersabar dari rasa tercabar..dan




Satu kerugian jika kesabaran kita diracuni dengan perasaan cemburu.
(semua nie berdasarkan pengalaman.. Sy x nak benda lama berulang kembali disebabkan dgn cemburu x tentu pasal)

Tuesday, 8 January 2013

Konvoi Santai SIC dan PPC

Pada 28 Disember 2012. Seramai 17 jentera dari Prime Perdana Club atau lebih dikenali dengan PPC. berserta 4 jentera dari SIC. Sebenarnyer SIC dijempot untuk join dgn geng PPC konvoi santai ke Labuan~

Alhamdulillah~
semuanya berjalan dengan lancar...  Labuan sebuah pulau bebas cukai yg terletak di sabah sememangnyer destinasi yg terbaik untuk melancong~
tp kat sana cuaca panas sikit laaaa.... bole tahan laaa mungkin sebab bahang dari laut kot...