VIP GROUP

Monday, 9 June 2014

Memilih untuk masa hadapan~

Yea.!
Memang aku jenis yang memilih.
Tp setiap yang dipilih mesti bersebab.
Maafkan aku sahabat.
Bukan kemewahan yang aku kejar dan bukan rupa yang jadi ukuran.
Tapi yang terbaik untuk masa depan aku dan anak-anak aku kelak.
Mengertilah wahai sahabat.
Tidak terlintas pun di hati ini untuk mempermainkan diri mu.
Aku faham dan aku megerti apa yang kau rasa. Semua orang inginkan hidup bahagia.
Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang akan tentukan perjalanan hidup kita.
Belajar dari kesilapan, bangkit dari kegagalan.
Jangan terus tersungkur dan berdiam diri disebalik permasalahan yang ada.
Teruskan melangkah dan pastikan setiap langkah disusun atur dengan betul supaya tidak tersungkur lagi.

"Masa hadapan telah dibeli oleh masa sekarang."

Sunday, 8 June 2014

Mungkin Bukan Engkau~

Berfikir terlalu jauh.!
Demmm.!
Salah ke..??
Untuk masa depan aku jugak. 
Malu..??
Yess.!
Memang aku rasa malu yg teramat sangat. Sape yang tak rasa malu nampak sangat aku nie yang tersorong-sorong. Tapi aku kena faham yang kau pun berhak menentukan siapa pilihan kau.
Harapan semakin jauh menghilang.
Keyakinan semakin pudar.
Hadoiii~
Mungkin kau masih belum puas enjoy.
Mungkin kau masih belum bersedia.
Mungkin jugak aku nie kurang kacak untuk kau.
Woit..!!!
Aku nie dah penat bersangka baik dengan kau.
Sangkaan baik aku pun semakin memburuk.
Kalau tak nak...
Kalau tak setuju...
Bagi tahu.!!
Ak dah tak ade masa nak ikot permainan kau.
Tolong jangan bagi harapan palsu.
Hati ini cuba untuk terima kenyataan yang kita bukan ditakdirkan untuk bersama.
Selamat tinggal angan-angan.


Monday, 5 May 2014

Kehilangan tanpa kerelaan~

15 Mac 2013 ayahnda tercinta telah kembali ke Ramahtullah~
Seorang insan yang selama ini banyak mengajar erti sebuah kehidupan dan tidak pernah jemu memimpin sebuah keluarga kini pergi meninggalkan ku buat selamanya.
Walaupun abah yang dulunya seorang yang panas baran, seorang yang tegas namun ak tetap hormatnya sebagai seorang ayah~
Kalau nak dikenang kembali banyak kenangan bersama arwah yang tidak dapat ak lupakan.. 
Hampir 5 tahun abah menderita penyakit buah pingang. Ibu terus bersabar melayan kerenah suaminya. 
Dulu kalau di rumah selalu kedengaran lenteran dari mulut abah. Pekara ini sudah menjadi pekara biasa bagi keluarga ku. Semua takut dengan abah.
Abah garang..!!! Tp ak tahu mungkin cara abah mendidik anak-anak nya lain dari orang lain.
Setiap kali dapat panggilan dari Ibu, Hati ak menjadi berdebar-debar risau akan sesuatu yang berlaku pada ayahku.  
Suasana pagi 15 mac 2013. Hari yang sama Ayahnda tercinta
menghembuskan nafas terakhir.
Kerisauan aku mula terjawab,  pada pagi jumaat 15 mac 2013 suasana laut pada waktu itu begitu tenang. Pemandangan matahari mula memancar naik sungguh cantik. Aku terus mengeluarkan telefon dan mengambil gambar. Suasana sebegini jarang dapat aku lihat. Kenangan pemandangan seperti ini bole membuatkan kita sedar betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa. 
Rutin pelayaran seperti biasa.
Ak mengambil alih tugas sebagai bot man iaitu pembantu kepada jurumudi bot. Telefon tidak aku bawak bersama bimbang takut terjatuh dalam laut. 
Ketika itu kapal terlibat dgn OP DAULAT, dan bersauh di perairan Sandakan untuk tujuan pembaikan. 
Pada jam 1030H bot  yg dalam perjalanan untu menghantar anggota yg berkelepasan. Dipanggil balik ke kapal dgn segera.
Fikiran ak masa itu hanya terbayang kapal aku di serang oleh penganas SULU.  Mata aku terus memandang kapal, Pemerhatian ku dari jauh menunjukan kapal masih dalam keadaan aman dan terkawal.
Apabila bot suda merapat di kapal ak di sambut oleh pegawai yg bertugas dan terus mengarahkan aku ke kamar Pegawai Memerintah (co)
Sepanjang perjalanan ke kamar pegawai memerintah hati aku terus berbisik "ape pulak salah aku kali nie"
Apabila tiba di depan kamar pegawai memerintah terus ak ketuk pintu dan memberi salam~.
Aku melihat kelibat pegawai laksana di penjuru sofa. Ak dijemput duduk oleh CO.
CO terus menanyakan soalan pada aku.
"Hafiz.. Minggu lepas kamu ade balik kg kan.?" 
Bibir ini terus menjawab "Yea Tuan sy ade balik."
Tiba2 soalan kedua dari CO membuatkan ak terbayang sesuatu yg buruk sudah berlaku.
"Masa kamu di kampung ayah kamu macam mana..?"
Seluruh badan aku bergetar menjawab soalan yg ditanyakan. 
"ermm sebelum sy balik ke sabah sy ade hantar ayah sy ke hospital dan die kena tahan wad disana."
CO terus menceritakan pekara yg sebenar kepada aku.
"Hafiz ayah kamu sudah meninggal dunia pagi tadi. Bersabar banyak2."
Masa itu badan aku jadi kaku.
Nafasku terhenti seketika. Ya Allah~
Sungguh besar ujian yg telah Engkau berikan.
Aku dihantar ke Lapangan terbang Sandakan. Ak terhutang budi kepada pegawai operasi yg banyak membantu aku ketika itu.
Apabila tiba di KLIA. ak terpaksa membeli tiket ke P.Pinang.
Sungguh mengecewakan.. Flight ke P.Pinang ditunda masa pada jam 1830H.
Panggilan demi panggilan masuk ke telefon.
Sedih apabila diberi tahu ayah aku akan dikebumikan pada jam 1800H.
Ak terpaksa akur dgn semua itu.
Sebak dihati hanya aku sahaja yg tahu. Apabila tidak dapat menatap wajah abah buat kali terakhir.


Our dad, hero, leader & friend.! We miss you abah.! Praying for you always. #Al-Fatihah #15Mac